Thursday 19 January 2012

Merokok Nampak 'Cool'

Merokok nampak ‘cool’ jika hanya diletak di bibir tetapi tidak dinyalakan apinya =’).. kerana wanita paling tidak suka jika kekasihnya merokok, begitu juga sebaliknya.

Selamatkan nyawa sekeliling dengan dengan berhenti merokok.

Umum tahu akan kesan-kesan merokok kepada diri dan kesan asap rokok kepada orang sekeliling.

Pengurangan kadar kekerapan merokok dapat menjimatkan wang.

Jika anda ada niat untuk berhenti merokok, lakukan ini;

  • jangan berhenti terburu-buru/serta-merta, sebaliknya kurangkan jumlah batang/kotak rokok mengikut kadar biasa.
  • Jangan beli rokok dalam jumlah yang banyak (sekotak) sebaliknya hanya sebatang, kerana apabila anda melihat kotak rokok yang berisi, secara ‘automatic’ anda ingin merokok.
  • Selalu kunyah sesuatu bagi mengurangkan rasa ketagihan merokok.
  • Bersenam bagi meningkatkan stamina badan supaya bersemangat untuk sihat dan bebas merokok.
  • Jangan terlalu memikirkan untuk merokok hanya untuk sebatang sahaja / isap sebatang buat kali terakhir kerana ia akan mendorong anda untuk membakar puntung rokok, dan begitulah seterusnya dan ini akan berlanjutan dan menyebabkan anda tidak akan berhenti merokok.

Insyaallah.. dengan nekad dan usaha anda, anda mampu mengubah diri anda kepada tidak merokok..

Merokok tak ‘cool’ ok?? =’))

No comments:

Post a Comment